Coklat pengerat kasih sayang

SEKEPING coklat disertai dengan kehadiran sekuntum ros merah sudah cukup menimbulkan suasana romantik.

Tidak keterlaluan jika dikatakan coklat dan ros boleh menjadi medium pemujuk bagi pasangan yang merajuk.

Melihatnya sahaja sudah mampu membuatkan yang merajuk tersenyum lebar.

Justeru, boleh dikatakan bahawa coklat bukan sekadar sesuatu untuk dimakan namun lebih daripada itu. Coklat mampu memberikan keceriaan malah kebahagiaan. Coklat boleh mengeratkan silaturahim.



Selain itu coklat juga boleh menyatukan dua hati. Lihat sahaja kehadiran coklat di atas dulang hantaran tatkala majlis perkahwinan. Betapa pentingnya coklat pada majlis itu membuktikan bahawa coklat bukan sekadar sesuatu yang manis pada deria rasa tetapi turut meninggalkan kenangan manis dalam kehidupan.

Bangga
Dihasilkan di Malaysia, untuk rakyat Malaysia. Itulah antara kata-kata hikmat yang dipegang oleh Cadbury Confectionery Malaysia dalam menghasilkan coklat bermutu tinggi untuk rakyat tempatan.

Malah coklat ini juga dicipta mengikut cita rasa penduduk di sini. Tidak hairanlah apabila semua produk Cadbury sememangnya mendapat tempat di hati penggemar coklat.

“Kami di sini berusaha untuk meningkatkan keceriaan seseorang. Tiada sesiapa yang memberikan coklat kepada orang lain untuk menjadikan seseorang itu sedih. Coklat dan keceriaan tidak dapat dipisahkan.

“Sama ada dihadiahkan kepada insan istimewa ataupun untuk memujuk, coklat boleh menggembirakan suasana. Itulah yang kami ingin realisasikan. Bukankah seronok apabila kita boleh berkongsi detik bahagia dengan orang lain?,” kata Ketua Hal Ehwal Korporat dan Kerajaan, Mondelez International, Raja Zalina Raja Safran.

Tambah Raja Zalina, antara impian terbesar Cadbury ialah untuk mencipta momen-momen bahagia setiap individu dengan menggunakan coklat.

Mempunyai 349 kakitangan, Cadbury berbangga dengan pencapaiannya sebagai sebuah syarikat pembuatan coklat yang terbaik di Asia Pasifi k.

Pengurus Kilang, Balamurugan Velu berkata, seramai 82 peratus kakitangan di sini ialah Bumiputera dan terdiri daripada 51 peratus wanita.

"Kami mempunyai keutamaan (KPI) iaitu faktor keselamatan terhadap pekerja dan produk. Kami juga berbangga dengan pencapaian pada 2015 iaitu Zero Waste to Landfi ll yang menunjukkan kami bekerja mengikut kepada garis panduan yang diberikan,” katanya.

Menurut Balamurugan, bukan mudah untuk mencapai standard KPI yang telah ditetapkan namun mereka tetap bersatu hati, bekerjasama bersungguh-sungguh meningkatkan tahap keberkesanan untuk mencapai tahap tersebut.

Kasih sayang
Menyebut soal kasih sayang, selalu kita terfikir akan ibu. Masakan ibu dikatakan masakan paling sedap di dunia kerana dimasak dengan penuh kasih sayang.

Justeru Cadbury ingin mengambil petua itu demi menjadikan coklatnya sesedap masakan ibu setiap orang kerana dimasak dengan penuh kasih sayang.

“Kami sarankan kepada seluruh kakitangan di sini supaya menghasilkan

coklat dengan teliti dan disertai dengan kasih sayang. Hasilnya supaya coklat ini akan menjadi yang paling sedap dan penggemarnya mampu tersenyum kala mengunyahnya,” kata Pengurus IL6S dan Pengerusi Halal, Mondelez International, Jamil Jamaran.

Tidak hairanlah, apabila melangkah ke dalam kawasan kilang Cadbury, penulis berasakan aura seronok melihat wajah kakitangan di sini yang sentiasa senyum dan berwajah manis kala bekerja menghasilkan coklat untuk dipasarkan ke seluruh negara.

Nyata petua menghasilkan coklat dengan penuh kasih sayang ini memang berkesan.

Produk baharu
Pada Mei 2016, Cadbury tampil dengan produk terbaharu iaitu Cadbury 5 Stars. Nikmat coklat tidak terhingga ini mendapat sambutan hangat apatah lagi dengan sokongan iklan komersial di televisyen.

Tidak menunggu lama, pada Ogos lalu, Cadbury tampil sekali lagi dengan produk terbaharunya iaitu Cadbury Marvellous Creations Raspberry Lemonade.

“Kami membuat produk mengikut kehendak pengguna. Cita rasa pengguna amat diutamakan. Cadbury 5 Stars misalnya mempunyai rasa berbeza di India. Tetapi untuk pasaran di sini, kami cipta cita rasa tempatan,” ujar Raja Zalina.

Selain cita rasa, Cadbury turut mengutamakan soal pembungkusan. Kini banyak produk dibuat dalam pembungkusan yang lebih kecil khusus untuk mereka yang suka makan coklat tetapi tetap mengambil kira soal kesihatan. Jadi mereka tetap boleh makan coklat dengan saiz yang lebih kecil.

“Kami juga mengira kalori dengan teliti dan dipaparkan pada pembungkusan. Bagi anda yang peka terhadap soal pemakanan, boleh rujuk di situ,” tambah Balamurugan Velu.

Keselamatan
Menurut Balamurugan Velu, setiap kakitangan tidak dibenarkan membawa masuk makanan ke dalam premis kilang.

Ini kerana mereka tidak mahu ada sebarang benda asing masuk ke kawasan pembuatan demi menjaga produk yang dihasilkan. Pun begitu, setiap kakitangan diberikan baucar untuk membeli makanan di kafe kilang.

“Kakitangan dan sesiapa sahaja yang mahu memasuki premis kilang ini perlu melalui saringan suhu badan, memakai pakaian khas, memakai kasut khas, menutup rambut, menutup janggut dan misai dan tidak mengenakan sebarang aksesori,” terang Balamurugan Velu.

Tambahnya lagi, sebagai sebuah kilang yang telah mencapai tahap GMP, mereka perlu mengekalkan standard keselamatan untuk setiap produk yang dihasilkan.

Malah setiap individu perlu membersihkan tangan dan mengenakan sanitiser sebelum masuk ke kilang.
Share on Google Plus

About bagas way

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment