Lapangan terbang California dilanda banjir buih

Lapangan terbang Mineto San Jose 'ditenggelami' buih selepas sistem pemadam api kebakaran gagal berfungsi.

Menurut News.com, buih yang dihasilkan sistem berkenaan terlalu banyak sehingga melimpah ke garaj pesawat penerbangan dan kawasan persekitaran.



Buih tersebut dihasilkan bahan kimia kalis api (fire-retardant) dan berisiko menyebabkan kegatalan kulit jika disentuh.

Bagaimanapun, orang awam dilaporkan 'degil' dan tetap bermain dengan buih-buih tersebut.

"Bagaikan parti buih yang gagal," kata wartawan tempatan, Jonathan Bloom.

Kapten Bomba Mineto San Jose, Mitch Matlow berkata, sistem tersebut 'terlebih berkesan'.

"Kalau ada kebakaran, sistem ini memang sudah memadamkan kebakaran sekelip mata," kata Mitch.
Share on Google Plus

About bagas way

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment