Mengejutkan!! Sebab pertahankan diri dari dirompak, Zulkifli bakal digantung mati

Jika awal tahun ini kita digemparkan dengan berita tentang seorang bapa dan anak lelakinya yang bakal dijatuhkan hukuman mati kerana tanpa sengaja telah membunuh seorang perompak yang menceroboh masuk rumahnya demi untuk mempertahankan dirinya.

Encik Mo Yi Hong dan anaknya We Qiang telah dituduh menyebabkan kematian seorang perompak yang telah memecah masuk ke dalam kediaman mereka di Seremban, Februari tahun lalu.Seterusnya, kisah seorang surirumah, Puan S. Kalaichelvi yang dijatuhkan hukuman penjara dua tahun kerana membunuh orang yang cuba merogolnya.

Patutkah ayah kepada 3 anak kecil ini (anak kedua menghidap autisme) dihukum sebagai penjenayah hanya kerana mempertahankan diri dan harta?



Sebuah page untuk update isu dari masa ke semasa berkenaan perkembangan kes Encik Zulkifli dan keluarga.

Harap dapat join, like, see first, kemudian share seluasnya. Perlu penglibatan ramai orang

Terbaru, encik Zulkifli, 50 tahun dari kg labohan,Kerteh Terengganu, hampir 3 minggu lalu telah mempertahankan diri dan harta dari dirompak. Perompak telah mati setelah ditikam oleh Zulkifli, namun zulkifli pula ditahan bawah seksyen 304. 2 minggu Zulkifli direman kemudian dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM15 ribu. Baru beberapa hari keluar dari reman Zulkifli kemudian ditahan semula atas perintah mahkamah dengan tuduhan seksyen 302 dan 326 Kanun keseksaan.

Kes telah ditukar kepada seksyen 302, jika sabit kesalahan maka GANTUNG SAMPAI MATI. Tidak cukup dengan itu tambah lagi bawah seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan jika disabitkan kesalahan.

Kes dibicarakan semua di mahkamah yang dijadualkan bersidang pada 24 Januari depan. Sekitar 23 hari dari sekarang. Jika sebelum ini ketika direman 14 hari, keluarga tak dapat berniaga makanan malah diceroboh lagi rumah dengan beberapa kecurian dari penagih dadah yang makin bertambah di kawasan sekitar, apakan pula yang berlaku selama 26 hari sebelum perbicaraan ini?

Apa mahkamah mahu menanggung isteri dan anak-anak hero ini? Apa undang-undang mampu menyelamatkan 4 beranak ini yang pada bila-bila masa pintu nipis rumah itu ditendang dan dimasuki perompak?

Buat masa ini kami sangat terkedu dengan apa yang berlaku. Sangat sedih dan terperanjat.

Apa yang berlaku tiba-tiba kes disebut bawah 2 pertuduhan iaitu 302 dan 325.302 menyebabkan perlu tahan semula (tiada ikat jamin dibenarkan)Maka terkejutlah sekalian keluarga. Sebelum ini 15 ribu telah dibayar ikat jamin waktu kes bertukar dari 302 pada 304. Kini kembali pula pada 302.Video ringkas ini saat Zulkifli dibawa keluar dari mahkamah sebelum dibawa ke penjara Marang.Tolong jangan nangis.

Perbicaraan pada 24 Januari nanti berlangsung pada hari Ahad, dimana Ahad merupakan hari bekerja di Terengganu namun hari cuti buat kebanyakan negeri. Kami mengharapkan agar para pembaca sudi bersama kami menyatakan solidariti buat keluarga Zulkifli dengan hadir ke perbicaraan tersebut di Kemaman, Terengganu.

Share on Google Plus

About bagas way

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment