Ketua Polis Daerah Perak Tengah Superintendan Aziz Hasan, perkara itu sengaja diviralkan dalam aplikasi Whatsapp bagi menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat.
“Kita juga tidak mendapat sebarang laporan berkenaan kes penipuan menyamar anggota polis setakat ini.
“Mungkin ada pihak yang sengaja memviralkan perkara ini sehingga meresahkan masyarakat,” katanya.
Beliau berkata demikian bagi mengulas viral dalam aplikasi WhatsApp yang mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan seorang lelaki yang menyamar sebagai polis dari Bukit Aman dan datang ke Seri Iskandar bagi membuat siasatan.
Aziz berkata, pihaknya menasihatkan supaya orang ramai tidak mudah percaya dengan setiap maklumat yang disampaikan.
“Jangan jadi orang pertama mahu menyebar maklumat tanpa mengetahui kesahihannya dan jangan cepat percaya apabila ada sebaran maklumat yang kita tidak tahu dari mana puncanya.
“Jika ada orang yang mengaku sebagai polis dan mahu membuat pemeriksaan, mintak orang berkenaan menunjukkan kad kuasa atau dokumen pengenalan diri terlebih dahulu.
“Orang ramai juga boleh menghubungi bilik gerakan polis untuk menyemak status pihak berkenaan dan kita sedia untuk membantu,” katanya.
Katanya, orang ramai juga boleh membuat laporan polis jika pernah ditipu oleh lelaki yang diviralkan berkenaan.
“Buat laporan polis dan jangan sekadar memviralkan sahaja supaya kita boleh ambil tindakan sewajarnya.
“Perkara ini boleh menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat jika ia sebenarnya tidak berlaku,” katanya. - Sumber
0 comments:
Post a Comment