Polis Saman 15 Kenderaan Halang Lalu Lintas Ketika Main Pokemon Go

Polis mengeluarkan 15 saman kepada pengguna jalan raya yang meletak kenderaan sehingga menghalang lalu lintas hanya untuk bermain Pokemon Go di sekitar kawasan Lebuh Acheh dan Lebuh Cannon, di sini malam tadi.



Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya menjalankan pemeriksaan di sekitar kawasan itu selepas menerima laporan daripada penduduk di situ berhubung kehadiran orang ramai sehingga menganggu ketenteraman mereka.

"Penduduk di kawasan itu mendakwa orang ramai mula berkumpul dan membuat bising di sekitar kawasan perumahan mereka sehingga mencetuskan rasa kurang senang," katanya di sini hari ini.



Beliau berkata, polis yang menjalankan pemeriksaan dari pukul 10 malam hingga 12 tengah malam mendapati pemilik kenderaan sedang leka bermain Pokemon Go dan meletakkan kenderaan mereka sesuka hati sehingga menghalang lalu lintas di kawasan itu.

Mior Faridalatrash berkata, tiada sebarang kesalahan untuk orang ramai bermain Pokemon Go tetapi mereka sepatutnya tidak mengganggu ketenteraman orang lain sehingga membuat bising.

Share on Google Plus

About bagas way

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment